Perayaan di Amerika Syarikat Halloween

Bagi kanak-kanak di Amerika, Halloween bererti kesempatan untuk mereka memakai kostum Halloween dan mendapatkan gula-gula, manakala bagi orang dewasa adalah kesempatan berpesta kostum. Bagi peniaga di Amerika, Halloween berada di tempat kedua di selepas Krismas sebagai perayaan yang paling yang menguntungkan.[7].

Sejarah topeng dan kostum Halloween sebelum tahun 1900 di Amerika atau di tempat lain masih sedikit yang diketahui kerana keterbatasan sumber utama.[8] Kostum Halloween masih belum terlihat di kedai-kedai hingga tahun 1950-an, walaupun topeng Halloween sudah ada lebih awal.

Pada tahun 2005, persatuan pengusaha gula-gula Amerika melaporkan 80% orang dewasa bercadang hendak memberi gula-gula kepada kanak-kanak yang datang,[9], sedangkan 93% kanak-kanak ingin berziarah dari pintu ke pintu rumah pada malam Halloween.[10]

Bandar Anoka di Minnesota mendakwa diri sebagai "ibu kota Halloween" dan merayakannya dengan besar-besaran. Bandar Salem di Massachusetts yang terkenal dengan legenda penyihir dari Salem biasanya dikunjungi lebih banyak pengunjung menjelang perayaan Halloween.

New York mengadakan sambutan perayaan Halloween terbesar di Amerika Syarikat yang disebut The Village Halloween Parade. Sambutan yang dimulakan oleh pembuat topeng di Greenwich Village New York sekarang menarik perhatian 2 juta peserta dan pengunjung, sekaligus ditonton 4 juta penonton televisyen.

Rujukan

WikiPedia: Halloween http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-... http://www.beliefnet.com/columnists/omsweetom/2009... http://www.etymonline.com/index.php?term=Halloween... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.nrf.com/content/default.asp?folder=pres... http://haamnews.wordpress.com/2011/10/30/halloween... http://www.wsj.com/articles/SB125739432384030183 http://www.public.iastate.edu/~rjsalvad/scmfaq/mue... http://www.e-fatwa.gov.my/blog/merayakan-halloween http://yesaya.indocell.net/id919.htm